Tag Bahasa Melayu yang mencabar minda~
haha.
haha.
TAG 1
- Bekas kekasih saya adalah : seseorang yang tidak tahu erti persahabatan.
- Saya sedang mendengar : Alia membebel kerana saya tidak larat untuk menonton DVD dengan dia.
- Mungkin saya patut: tidur. Akan tetapi, saya perlu menunggu Azzura datang kerana saya perlu memulangkan buku-bukunya, dan mengambil DVD Grey's Anatomy.
- Saya suka : makan, tidur, membeli belah, membaca (tidak semestinya di turutan yang diberikan)
- Sahabat-sahabat baik saya : adalah mereka yang tahu keburukan saya, tetapi masih setia bersama saya. whee~
- Saya tak paham : kenapa saya ketagihan Pet Society.
- Saya kehilangan : masa yang boleh saya gunakan untuk bermain Pet Society.
- Ramai yang berkata : yang muka saya tidak menyerupai arwah mama saya. Memang betul pun.
- Makna nama saya : ialah Puteri dalam bahasa Arab.
- Cinta itu adalah : suami saya, si bengot yang bernama Hafiez.
- Di suatu tempat, seseorang sedang : membuat keputusan sama ada mahu berjumpa sahabatnya atau tidak untuk mengambil buku dan memberi DVD Grey's Anatomy musim yang keempat.
- Saya akan cuba : untuk menjadi isteri yang lebih baik (huuu jiwang!)
- Ayat SELAMANYA membawa maksud : forever di dalam bahasa Inggeris. Ia juga merupakan tajuk lagu dari kumpulan Innuendo. Saya suka lagu tu!
- Telefon bimbit saya : berjenama Sony Ericsson.
- Bila saya terjaga dari tidur : saya akan bangun dengan berat hati (dan badan) untuk mandi.
- Saya paling meluat apabila : orang yang saya tidak suka bercakap tanpa henti dan menyangka saya ambil kisah dengan apa yang dikatakan olehnya.
- Pesta/Parti adalah : sesuatu yang mahu saya adakan untuk harijadi suami saya Julai nanti.
- Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : kucing saya, Zoey.
- Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : di sekolah menengah, di mana saya berjumpa dengan ramai sahabat baik saya.
- Hari ini : sudah berakhir.
- Malam ini saya akan : tidur, selepas berjumpa Azzura (dia sudah menghubungi saya dan akan tiba sebentar lagi!)
- Esok pula saya akan : bekerja :(
- Saya betul-betul inginkan : komputer riba milik saya sendiri.
- Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : saya dapati bahawa muka saya masih seperti biasa, Alhamdullilah.
- Pusat membeli-belah atau arked permainan : Pusat membeli-belah. Arked permainan tidak ada menjual baju jenama Dorothy Perkins.
- Makanan Barat atau Jepun : kedua-duanya sekali.
- Bilik yang terang atau gelap: terpulang pada keadaan.
- Makanan segera adalah : makanan yang cepat untuk disiapkan. Khasiatnya masih dipertikai.
- Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Pandu kereta dengan hati-hati (tetapi di dalam bahasa Inggeris)
- Apakah perasaan anda sekarang? Bercampur-aduk di antara gembira, sedih, menyampah dan sebagainya.
- Saya nak makan? Ketam, tapi tak tahu bila.
- Saya tak suka? Orang yang suka mempersendakan orang lain, tapi tak dapat menerima apabila dirinya menjadi bahan lawak. Sengal kan?
- Impian saya? Untuk mempunyai perniagaan sendiri, dan pada yang sama menjadi penulis cereka fiksyen yang sukses. haha.
- Haiwan yang saya tak suka? Tikus!
- Saya harapkan? Yang terbaik untuk saya dan suami, serta keluarga.
- Jika boleh putarkan masa? Saya tidak mahu fikirkan kemungkinan itu, kerana saya tidak mahu merosakkan peluang saya untuk berjumpa suami saya.
- Saya pada 10 tahun akan datang? Akan tetap dengan pendirian saya, insya Allah.
- Handphone saya adalah sebuah? Sony Ericsson Z610i berwarna biru.
- Saya pernah bercinta sebanyak? beberapa kali; dengan keluarga, teman-teman, lelaki yang tidak layak pun pernah juga.
- Kawan-kawan saya? kebanyakannya sengal belaka.
- Pernah dikhianati? Ya.
- Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? hmm. Entah. Yang pasti, saya gembira kerana tiada pengkhianat di dalam hidup saya sekarang ini (Agaknya lah)
- Siapa yang anda nak Tag? Kusa, Azzura (kalau dia masih ber'blog'), Lyana, Nik, Charles (haha!), Deepa, Arnie, Alia, Ikin, Saddiq dan sebagainya.
5 comments:
Hahaha cayalah siap jugak tag BM. it's a longggg list
tuh la. i'm kinda proud with myself. hahaha~
seronok baca tag ni
:)
thanks hafidz :)
aku takdak FB,so aku add blog ko jela El....
i hate FB...lolz!!!
wahahahhaaha....
Post a Comment